Ubat ada 2 kategori:
1. Ubat terkawal.
2. Ubat Am/OTC.
Ubat terkawal pula ada 2 kumpulan:
1. Ubat terkawal dengan preskripsi iaitu group B dalam poison list Akta Racun 1952.
2. Ubat terkawal without preskripsi iaitu group C dalam poison List Akta Racun 1952.
Ubat terkawal hanya boleh diperoleh di premis kesihatan kerajaan dan swasta seperti
-Hospital
-Klinik Kesihatan
-General Practitioner
-Community Pharmacist
Ubat Am/OTC pula adalah ubat yang juga tak perlu preskripsi tapi boleh diperolehi di premis bukan kesihatan seperti
-Kedai runcit
-7E/KKmart/Family Mart
-Stesen minyak
-Restoran mamak
Ubat terkawal dengan preskripsi atau tanpa preskripsi both tak boleh dijual online atau di premis bukan kesihatan.
Pharmacist only medicines - means pharmacist sahaja boleh bagi ubat tu bukan pharmacy assistant atau other shop assistant.
Takut orang salah anggap Pharmacist = farmasi. Maksudnya anyone dalam farmasi.
Follow me on:
Instagram - https://www.instagram.com/sitiawe/
Facebook - https://www.facebook.com/SitiAweOfficial/
Twitter - https://twitter.com/sitiawe_
Website - http://www.sitiawe.com